1. Bila bola masuk kolam baru kita sedar salah kita tak boleh transfer pada orang lain.
2. Bila nak putt atas green tak masuk sebab tak ikut cakap caddy baru sedar dalam dunia ni bukan kita sahaja sentiasa betul. Ikut nasihat pakar. Ego selalu jadi penghalang kerana memandang rendah pada kebolehan orang lain.
3. Tengok score card akan sedarkan kita antara impian malam tadi tentang game kita dengan kenyataan. Lebih cepat menerima kenyataan lebih cepat kita cari coach dan buat pembaikan.
4. Tengok score card tak bermakna sebab manusia semua tak sama. Usah bandingkan hasil, rezeki dan pendapatan orang lain dengan kita. Play your game to the best. Lebih cepat kita belajar Ini, lebih harmoni hidup kita.
5. Game ini akan mengajar makna LUCK. Which is Labor Under Correct Knowledge.
6. Life is about having fun with friends. Bertanding bukan untuk membesarkan ego. Tapi supaya kita dapat berseronok dengan sahabat. Mereka yang tak faham konsep ini sering bermain dengan strangers sebab kawan-kawan akan menjauhi mereka.
7. Golf mengajar kita luasnya alam yang penuh peralihan. Sebab ia satu-satu nya sukan yang bolanya sangat kecil, padangnya luas berekar-ekar dan lubang goalnya sampai 18 dan setiap hari dialih alih. Kalau dah tua tak faham konsep “moving targets” in life dengan ujian di sekeliling maka kita akan menjadi orang yang lagi tua lak tak flexible. Dalam ertikata lain, lagi tua lagi degil.
8. Satu satunya game yang kena bermain dengan playing partner berlainan hampir setiap game adalah golf. Dan jangan harap akan mendapat score sama setiap hari . Itu lah game of life. Kena terima perubahan akan sentiasa berlaku.
9. Dalam game ini boleh simply menipu score. Banyak cara. Tapi lagi lama buat lagi ramai kenal sifat kita. Very soon hilang kawan. Dah tua tak faham, jadi macam P. Ramlee cakap, ”dah tua pun bodo”.
10. Paling penting, Inilah game yg boleh dimainkan oleh orang yang dah tua.